Saban hari kita memburu kemenangan
Meniti sebuah jalan perjuangan
Bercerita soal takwa dan iman
Membina segala macam kekuatan
Membina segala bentuk kehebatan
Kemenangan sesuatu yang dicari bukan dinanti
Ia mendatangi setelah didatangi
Jika ada yang menang akan ada yang kalah
Ia tidak abadi dalam dunia yang bakal musnah
Kerana ia kekal dalam alam yang menanti
Bagi mereka yang mencari
Jika kita yang memiliki kemenangan
Untuk apa ditakuti kegagalan???
Untuk apa dirisaukan kekalahan???
Bahkan kita mengharap akan turunnya bantuan
Berupakan sebuah kemenangan
Bererti ia Pemilik alam maya
Ia milik Yang Memiliki Kekuasaan
Nilainya luar biasa
Kerana nilainya tak terbanding
Usaha kita hari ini belum tentu
Menjamin kemenangan hari esok
Kerana ia milik-Nya
