Wednesday, 29 June 2011

SeMaRaKaN BiAh SoLeHaH


Biah Solehah membawa maksud persekitaran yang sejahtera. Betapa pentingnya menjaga Biah Solehah untuk membantu menjaga peribadi kita sebagai seorang muslim . Pada masa itu biah solehah ini sangat ditekankan kepada pelajar- pelajar sekolah, mahupun mahasiswa/wi di ipt. Tumpuan utama dalam mewujudkan Biah Solehah ialah dalam menjaga batas-batas dan adab-adab perhubungan antara pelajar lelaki dan perempuan. Mungkin ianya merupakan keutamaan di ipt dan keutamaan bagi seorang pelajar apatah lagi dalam usia remaja yang mudah untuk digoda dan dipengaruhi oleh hawa nafsu dan syaitan. Maka, dengan terpeliharanya adab-adab perhubungan antara pelajar lelaki dan perempuan di ipt, maka banyak masalah lain yang kemungkinan besar akan timbul sudah dicegah dan disekat awal-awal lagi serta akan mewujudkan persekitaran yang baik dan kondusif untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dan segala aktiviti yang dirancangkan. Mewujudkan Biah Solehah atau persekitaran yang baik adalah suatu yang wajib. Ia termasuk dalam amar makruf dan nahi mungkar. Bahkan menjalankan tugas amar makruf dan nahi mungkar itu adalah untuk mewujudkan Biah Solehah. Tak kira di mana sekalipun sama ada di rumah, sekolah, universiti, tempat kerja dan di mana sahaja, di dalam bangunan atau di luar bangunan, dalam suatu kawasan atau luar kawasan, wajiblah kita mewujudkan Biah Solehah. Amat tidak patut bagi satu pihak yang berusaha untuk mewujudkan Biah Solehah dan pada masa yang sama ada pihak yang lain yang meruntuhkan Biah Solehah yang hendak dibina. Tetapi, itulah realiti dan hakikat yang berlaku dalam kehidupan kita seharian.

No comments:

Post a Comment