Saturday, 17 December 2011

*SRikANdi*

salam,


Wahai saudariku,
Jangan terpedaya hasutan syaitan,
Sesungguhnya kewajiban hijab datangnya dari tuhan kita yang Maha Memberi,
Ada seorang saudari di arab dengan kata – kata ajaibnya,
“Ungkapan meraka tidak menyenangkan tentang hijab, mengatakan di antara pakaian yang hitam gelap bagaikan diikat khemah di atas tengkuk”
“Kononnya mereka mengajak untuk dibebaskan para gadis, Lalu ditulis tentangnya di dalam buku cara berhias yag kononnya tidak merugikan para pemuda”
Wahai saudariku,
Inilah lolongan pembenci umpama serigala
Maka nerakalah seburuk – buruk tempat pembalasan bagi orang zalim
Allah akan membentangkan segala kezaliman mereka di hari perhintungan
Dan syurgalah sebaik – baik tempat kembali

Saturday, 8 October 2011

AdUhAi SaHaBAt


Walau dimana dikau berada, walau apa yang dikau kerjakan, walau apa jua yang dikau kecapi... kejayaan mahupun kegagalan... cuba kau fikirkan sejenak. Tundukkan kepalamu... dibawah adalah bumi yang menghampar, saujana mata memandang. Kemudian, kau dongakkan pula kepalamu... di atas adalah langit yang memayungi dunia.SubhanaLlah... begitu indah ciptaan Allah, berkuasa mentadbir alam yang fana ini.

Selagi mana kau dapati dua perkara ini, maka sedarlah apa yang kau perolehi adalah bersifat sementara. Walau sebanyak mana kekayaan yang kau himpunkan.. dengan murka Allah... bererti engkau miskin. walau setinggi gunung kejayaan yang engkau raih... tanpa redha Allah... beerti engkau telah gagal dengan erti kegagalan yang sebenar.
Aduhai sahabat...

Setelah langit digulung, setelah bumi hancur luluh... dan... apabila kau pandang kiri dan kananmu, akan kau dapati satu Majlis Konvokesyen terbesar , yakni Majlis Perhitungan dilansungkan. Ketika itu, keadaan penentu nasibmu, amalan penentu timbanganmu. Andai keadilan mengatakan Allah redha, maka kau beraja di syurga. Jika keadilan mengatakan Allah murka, natijahnya.. . nerakalah tempat kau kembali. Segala yang diputuskan, bergantung kepada semaianmu di dunia ini.

Aduhai sahabat...

Syurga di akhirat menagih keperitan dunia. Neraka di akhirat menjanjikan keasyikan dan kenikmatan dunia. Keliru...??? Jangan engkau keliru memilih hala tujumu wahai sahabat. jangan terperdaya memilih pendampingmu. Antara bisikan syaitan dan dorongan malaikat... dapatkah kau bezakan...?? ?

Aduhai sahabat...

Jangan biarkan dirimu terus keliru, hingga tanpa sedar, kau memilih syaitan sebagai teman setiamu... kerana syaitan menggunakan senjata nafsu yang mengemudi hatimu. Kekuatan malaikat yang mendorong hala tujumu, adalah bergantung kepada iman yang menunjangi hatimu. Apabila iman beraja di hati... ia pasti memandu akalmu untuk memilih jalan yang lurus.

Aduhai sahabat...

Bina dan tingkatkanlah imanmu dengan ilmu. Mantapkanlah ia dengan istiqomah pada amalan. Hiasi pula dengan silaturrahim sepanjang zaman. Berjalanlah dalam satu ukhuwwah Islamiyyah yang dibentuk melalui penyatuan aqidah. Jangan biar dirimu hanyut dan leka... hingga akhirnya kau menjadi mangsa kerakusan nafsu yang memburu saban waktu.

Selagi mana nadi berdenyut jantung berdegup... selagi mana roh dan jasad bersatu... selagi itulah kau perlu berusaha sehabis daya untuk menempah mahligai indah di syurga abadi, yang berkuncikan redhaI lahi kerana keredhaan Ilahi adalah kejayaan hakiki. dan... hanya itu matlamat kita selama mendiami bumi yang fana ini.

"Hendaklah kamu menjadi umat yang menyeru kebaikan, menyuruh kepada ma'ruf dan mencegah kepada mungkar. Mereka itulah orang-orang yang berjaya" ( al-Imran : 104 )

Wednesday, 10 August 2011

~pasti dirasai~


Indahnya hidup bila t’lupa, ada yang mengingati kita…. Sebaik2 peringatan adalah pringatan tentang ~kematian~,, ajaibnya kematian..... suatu yg pasti dan hampir tetapi sering dilupakan..... Rasulullah mengkategorikan insan yang sentiasa mengingatkan kematian sebagai manusia paling bijaksana.. wahai shabat^.^ sama~sama kita saling ingat mengingati erk… tatkala saya leka… sedarkan saya… u.u

Monday, 18 July 2011

~~alhamdulillah~~



TERIMA KASIH YA ALLAH ^.^

Tersenyum bibir dalam nafas bismillah,

terjalin ikatan dalam nafas ukhuwah,

terjerat hati dalam nafas cinta,

terkayu mata dalam nafas air mata,

terhimpit nafsu hina,

terpanah hiba dalam nafas yg Esa,

tersujud sedu dalam nafas doa,

tersekat suara dalam nafas innalillah,

terbujur kaku dalam nafas barzakh,

terjunam neraka dalam nafas nauzubillah,

terpilih syurga dalam nafas Alhamdulillah…

Wednesday, 6 July 2011

DENGAN IZINMU YA ALLAH...

ikhlaskan semuanya dan dekatlah pada Allah S.W.T agar :

kita tunduk di saat yg lain angkuh,

kita teguh di saat yg lain runtuh,

kita tegar di saat yg lain terdampar....



semoga hidayat-Mu terus menyinar....

semoga kekuatan itu masih diberi oleh-Mu...

bersama-sama teman aku teruskan perjuangan....

hilangkanlah segala gundah kami....

hilangkanlah segala penat kami...hilangkanlah segala keluh kami....

yakinkanlah hati kami...

jadikanlah PERJUMPAAN kami nanti satu memori yang indah...

yang x akan dilupa hingga akhir hayat kami..

insyaALLAH...

HANYA DENGAN IZINMU YA ALLAH...

Wednesday, 29 June 2011

SeMaRaKaN BiAh SoLeHaH


Biah Solehah membawa maksud persekitaran yang sejahtera. Betapa pentingnya menjaga Biah Solehah untuk membantu menjaga peribadi kita sebagai seorang muslim . Pada masa itu biah solehah ini sangat ditekankan kepada pelajar- pelajar sekolah, mahupun mahasiswa/wi di ipt. Tumpuan utama dalam mewujudkan Biah Solehah ialah dalam menjaga batas-batas dan adab-adab perhubungan antara pelajar lelaki dan perempuan. Mungkin ianya merupakan keutamaan di ipt dan keutamaan bagi seorang pelajar apatah lagi dalam usia remaja yang mudah untuk digoda dan dipengaruhi oleh hawa nafsu dan syaitan. Maka, dengan terpeliharanya adab-adab perhubungan antara pelajar lelaki dan perempuan di ipt, maka banyak masalah lain yang kemungkinan besar akan timbul sudah dicegah dan disekat awal-awal lagi serta akan mewujudkan persekitaran yang baik dan kondusif untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dan segala aktiviti yang dirancangkan. Mewujudkan Biah Solehah atau persekitaran yang baik adalah suatu yang wajib. Ia termasuk dalam amar makruf dan nahi mungkar. Bahkan menjalankan tugas amar makruf dan nahi mungkar itu adalah untuk mewujudkan Biah Solehah. Tak kira di mana sekalipun sama ada di rumah, sekolah, universiti, tempat kerja dan di mana sahaja, di dalam bangunan atau di luar bangunan, dalam suatu kawasan atau luar kawasan, wajiblah kita mewujudkan Biah Solehah. Amat tidak patut bagi satu pihak yang berusaha untuk mewujudkan Biah Solehah dan pada masa yang sama ada pihak yang lain yang meruntuhkan Biah Solehah yang hendak dibina. Tetapi, itulah realiti dan hakikat yang berlaku dalam kehidupan kita seharian.

Saturday, 25 June 2011

cinta kerana mu YA ALLAH

Assalamualaikum,

Ya Allah jika aku jatuh cinta,
Cintakan aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatanku mencintaiMu.

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati
Seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbana jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku agar tidak berpaling daripada hatiMu.

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi
Kenikmatan indahnya bermunajat
Di sepertiga malam terakhirMu.

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan jauh menyeru manusia kepadaMu.

Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku pada
Cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.

Ameen.